Saturday, September 8, 2007

2007 TRIAL JB sejarah kertas1

BAHAGIAN A:

1) Perkembangan tamadun awal manusia bermula pada zaman prasejarah. Apakah yang dimaksudkan dengan prasejarah dan bincangkan perbezaan ciri- ciri masyarakat prasejarah awal dengan prasejarah akhir.

2) Nilaikan pengaruh agama dalam sistem pemerintahan beraja tamadun- tamadun awal manusia.

3)) Bandingkan organisasi dan strategi ketenteraan di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal dan Zaman Awal Moden.

4) Huraikan faktor- faktor yang membawa kepada perkembangan perdagangan di Alam Melayu sehingga kurun ke-19 Masihi.

5) Huraikan institusi dan kurikulum pendidikan pada zaman tamadun India.

6) Huraikan sumbangan Socrates dan Plato dalam perkembangan intelektual di Eropah.

7) Sejauh manakah faktor- faktor ekonomi mempengaruhi pelayaran kuasa- kuasa Eropah pada abad ke-15 Masihi.

8) Bincangkan seni bina yang terdapat dalam tamadun Mesir dan tamadun Melayu.

Bahagian B:

9) Huraikan sebab- sebab yang membawa kepada perjanjian al- Aqabah dan bagaimana perjanjian berkenaan membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.

10) Huraikan sumbangan- sumbangan Khalifah Umar al-Khattab dalam pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Khulafa' ar- Rasyidin.

11) Bincangkan struktur organisasi tentera Turki Uthmaniyah serta nyatakan taktik dan strategi ketenteraan mereka.

12) Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang dalam ekonomi Islam.

13) Huraikan sistem pendidikan Islam yang telah dilaksanakan pada zaman Khulafa ar- Rasyidin.

14) Bincangkan faktor- faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan intelektual Islam di Nusantara pada abad ke- 16 Masihi.

15) Huraikan kepentingan penerokaan dan penjelajahan menurut perspektif Islam.

16) Bandingkan sistem pemerintahan antara negara Rom pada zaman Augustus dengan Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

-TAMAT-


p/s: UTK DAPATKAN SKEMA JAWAPAN DAN KERTAS SOALAN ASAL, SILA HANTARKAN SKEMA JAWAPAN KERTAS TRIAL NGERI ANDA BERSERTA SKEMA JAWAPAN, KE ALAMAT SAYA. tq:)

2 comments:

evonne's stories said...

chepot..is me..pui yan...haha..masa saya cari nak stpm trial exam dr negeri lain..nampak awak pula..haha..good luck in ur STPM o..

sheifa said...

hoho pui yann!!
welcome 2my blog..hihihi
goOd luck to u tOo..
ala..u pandai than me..sure got 4a's punye de..huhu~