Sunday, September 30, 2007

Salam Ramadhan~

Salam kpd kwn2 yg dihormati,
terima kasih kepada kwn2 yg memberi respon yg baik terhadap blog ini..
terima kasih kpd kwn2 yg sudi berkongsi soalan trial dgn sy..
dan kpd saudari Siti Aisyah for Negeri Sembilan yg dah poskan soalan trial negerinya kpd sy..
kepada Siti Aisyah form N9 dan Maklan from Perak.. sorry atas kelewatan hntr kertas trial pd korang..insyaAllah by next week (1 0ct-6 0ct 2007) , sy akan poskan dgn SEGERA.
kpd yg lain2 juge..insyaAllah sy akan hntr secepatnya.. dun wori:)

How's ur Trial results?let share it with me..heheh?
What do u think about d trial exam? is it hard??

2007 TRIAL JB Mikroekonomi

BAHAGIAN B- ESEI PENDEK

1) Terangkan tiga kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat.
2) a. Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas malar?
b. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana kos malar mempengaruhi Keluk
Kemungkinan Pengeluaran.
3) Terangkan tiga sebab mengapa keluk permintaan individu bercerun negatif.
4) Jelaskan bagaimana dua barang itu beranggap sebagai barang
pengganti. atau barang penggenap.
5) a. Terangkan maksud lebihan pengguna.
b. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan konsep lebihan pengguna.
6) Terangkan tiga ciri pasaran persaingan bermonopoli.
7) Tunjukkan bagaimana upah keseimbangan ditentukan dalam pasaran persaingan sempurna.
8) Huraikan tiga peranan untung dalam ekonomi.

BAHAGIAN C- ESEI PANJANG.

9) Terangkan kesan ke atas keseimbangan apabila kerajaaan menaikkan gaji dan pada masa yang sama memberi subsidi kepada pengeluar motosikal nasional.
10) a. Jelaskan perbezaan permintaan individu dan permintaan pasaran.
b.Huraikan faktor- faktor yang mempengaruhi perubahan permintaan pasaran.
11) a. Takrifkan keluk kos purata jangka panjang.
b.Mengapakah keluk kos purata jangka panjang berbentuk 'U'.
12) Huraikan perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli pada tingkat
keseimbangan.

a)kecekapan peruntukan
b)kecekapan pengeluaran
c)harga
d)kuantiti


Saturday, September 22, 2007

2007 TRIAL N9 pengajian am kertas 2

Bahagian A

1. Kebanjiran program realiti dalam dunia hiburan boleh menambahkan kegemilangan industri hiburan tanah air. Namun begitu, terdapat juga kepincangan yang perlu diberi perhatian. Bincangkan.

2. Banyak pendapat mengatakan bahawa kesesakan lalu lintas terutamanya di pusat-pusat bandar bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan sistem pengangkutan awam. Bincangkan penyataan ini.

Bahagian B

3. Bioteknologi memainkan peranan penting dalam memajukan sektor pertanian di negara kita. Jelaskan penyataan ini.

4. Fenomena perubahan cuaca dunia yang tidak menentu ini telah meningkatkan suhu dunia secara berterusan. Bincangkan kesan-kesan berlakunya keadaan tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

-TAMAT-

P/S: thanks to siti aisyah from seremban for sending tiz quest. to me..

Saturday, September 8, 2007

2007 TRIAL PERAK pengajian am kertas 2

BAHAGIAN A:

1) MENURUT SUMBER BANK NEGARA MALAYSIA ,SEHINGGA 19 JAN 2007,JUMLAH KAD KREDIT TELAH DIKELUARKAN OLEH INSTITUSI2 KEWANGAN ADALAH SEBANYAK 8.8 JUTA.MANAKALA PEMEGANG KAD KREDIT YANG TELAH DIISYTIHARKAN MUFLIS ADALAH SEBANYAK 30% BERDASARKAN PERNYATAAN DI ATAS, BINCANGKAN SEBAB-SEBAB PERMINTAAN TERHADAP KAD KREDIT SEMAKIN MENINGKAT DAN IMPLIKASINYA TERHADAP EKNOMI?

2) PERKEMBANGAN SEKTOR PERUMAHAN MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA.OLEH ITU,KERAJAAN PERLU MENGAMBIL BEBERAPA INISIATIF BAGI MENGGALAKKAN PEMILIKAN RUMAH DI MALAYSIA.BINCANGKAN.

BAHAGIAN B:

1) USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN TIDAK HANYA BERKISAR TENTANG SOAL BERCUCUK TANAM SAHAJA TETAPI MELIBATKAN JUGA KAEDAH PEMPROSESAN YANG AKAN MENJADIKAN PERTANIAN SEBAGAI SALAH SATU INDUSTRI PENTING NEGARA INI.BINCANGKAN POTENSI DAN LANGKAH-LANGKAH UTK MEMAJUKAN INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN DI NEGARA INI.

2) PELBAGAI KEJADIAN BENCANA ALAM YANG BERLAKU SAMA ADA DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA BERPUNCA DARIPADA PERUBAHAN CUACA DUNIA. JELASKAN BENCANA ALAM YANG DIAKIBATKAN OLEH PERUBAHAN CUACA DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA DENGAN MENGEMUKAKAN CONTOH-CONTOH BERKAITAN.

-TAMAT-

P/S: soalan ini telah disumbangkan oleh seorang pelajar negeri PERAK iaitu saudari atiqah88 yg juga merupakan ahli tutor.com.my .utk pengetahuan semua, soalan no.1 BAHAGIAN A dan soalan nombor 4 BAHAGIAN B di atas pernah keluar dalam soalan peperiksaan SETARA & PERTENGAHAN TAHUN daerah JB pada tahun ini.

so MUNGKIN la perlu difokuskan. coz my pengajian am teacher, en.amran bin ahmad is d one yg buat soalan utk pengajian am di JB.and he's GURU CEMERLANG PENGAJIAN AM, n seorang penggubal soalan di MPM.-tq-

stpm2007 candidate,
sheifa

2007 TRIAL JB pengajian am kertas2

BAHAGIAN A:

1) Akhir- akhir ini, jenayah perhutanan banyak dilaporkan di media. Bincangkan faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini dan langkah- langkah untuk mengatasinya.

2) Konsep globalisasi atau dunia tanpa sempadan merupakan satu konsep yang membawa pembangunan dan kemajuan dalam bidang sosioekonomi. Namun begitu, wujud implikasi buruk kepada negara- negara tersebut. Bincangkan.

BAHAGIAN B:

3. Amalan kanak- kanak dan remaja yang suka makan makanan segera boleh menjadi punca penyakit. Walau bagaimanapun, makanan segera semakin mendapat sambutan mereka. Jelaskan penyataan di atas.

4. Kegemparan berita penemuan sisa toksik di Semberong Batu Pahat terbukti boleh mengancam keselamatan penduduk persekitaran. Situasi ini mengaambarkan sudah tiba masanya pihak tertentu menguruskan sisa toksik secara lebih sistematik.Bincangkan.


-TAMAT-

P/S: UTK DAPATKAN SKEMA JWPN DAN KERTAS SOALAN ASAL, SILA HANTARKAN KERTAS TRIAL NEGERI AANDA BESERTA SKEMA JWPN KE ALAMAT SAYA.tq:)

2007 TRIAL JB sejarah kertas1

BAHAGIAN A:

1) Perkembangan tamadun awal manusia bermula pada zaman prasejarah. Apakah yang dimaksudkan dengan prasejarah dan bincangkan perbezaan ciri- ciri masyarakat prasejarah awal dengan prasejarah akhir.

2) Nilaikan pengaruh agama dalam sistem pemerintahan beraja tamadun- tamadun awal manusia.

3)) Bandingkan organisasi dan strategi ketenteraan di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal dan Zaman Awal Moden.

4) Huraikan faktor- faktor yang membawa kepada perkembangan perdagangan di Alam Melayu sehingga kurun ke-19 Masihi.

5) Huraikan institusi dan kurikulum pendidikan pada zaman tamadun India.

6) Huraikan sumbangan Socrates dan Plato dalam perkembangan intelektual di Eropah.

7) Sejauh manakah faktor- faktor ekonomi mempengaruhi pelayaran kuasa- kuasa Eropah pada abad ke-15 Masihi.

8) Bincangkan seni bina yang terdapat dalam tamadun Mesir dan tamadun Melayu.

Bahagian B:

9) Huraikan sebab- sebab yang membawa kepada perjanjian al- Aqabah dan bagaimana perjanjian berkenaan membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.

10) Huraikan sumbangan- sumbangan Khalifah Umar al-Khattab dalam pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Khulafa' ar- Rasyidin.

11) Bincangkan struktur organisasi tentera Turki Uthmaniyah serta nyatakan taktik dan strategi ketenteraan mereka.

12) Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang dalam ekonomi Islam.

13) Huraikan sistem pendidikan Islam yang telah dilaksanakan pada zaman Khulafa ar- Rasyidin.

14) Bincangkan faktor- faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan intelektual Islam di Nusantara pada abad ke- 16 Masihi.

15) Huraikan kepentingan penerokaan dan penjelajahan menurut perspektif Islam.

16) Bandingkan sistem pemerintahan antara negara Rom pada zaman Augustus dengan Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

-TAMAT-


p/s: UTK DAPATKAN SKEMA JAWAPAN DAN KERTAS SOALAN ASAL, SILA HANTARKAN SKEMA JAWAPAN KERTAS TRIAL NGERI ANDA BERSERTA SKEMA JAWAPAN, KE ALAMAT SAYA. tq:)

exchange trial stpm papers

salam untuk semua.
lagi 2bulan kite akn menduduki stpm 2007.
bagi negeri johor, peperiksaan percubaan dah pun start bermula pada 27th sept.
peperiksaan percubaan johor kali ni SETARA mengikut daerah.
saya akan share soalan2 percubaan daerha JB di blog ini.
mengikut apa yg guru2 JB kate, soalan percubaan yg dibuat dlm johor adalah mengikut spesifikasi yg same wlaupun hanya setara mengikut daerah.

saya akan update soalan2 mengikut subjek aliran sastera yg saya ambil iaitu:
SEJARAH,EKONOMI,PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU.
kepada kwn2 yg ingin menukar soalan dengan saya, sila hantarkan ke emel saya:
sherryfah88@gmail.com

ataupun ke alamat saya:
131 jln beringin tmn melodies 80250 johor bahru,johor.

saya amat berharap agar kita sume dapat manfaatkan teknologi ni utk berkongsi ilmu yg ade.
mane tawu ade soalan2 dari negeri2 tertentu yg akan 'naik' for stpm 2007 ni.
saya amat mengharapkan soalan2 trial dari KEDAH,PERLIS,KELANTAN,TERENGGANU, and MELAKA.
yg lain juge boleh klau nk antar..
kerjasame sume amat saye hargai.

p/s: insyAllah,sy akan kongsi soalan2 yg dinhtr ke emel sy bersame kwn2 di blog ini:) good luck!

stpm '07 candidate,
-sheifa-